Pada tanggal 11/03/2008 (Selasa), semua Depot Tahanan PATI telah selesai diserahkan kembali kepada Jabatan Imigeresen Malaysia semepena majlis penyerahan Depot PATI Semuja, Sarawak. Jika disorot kembali serah penyerahan 11 depot ini kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk pengurusan kawalan keselamatan, ianya bermula dengan persetujuan dalam Mesyuarat Perancangan Strategi KDN Tahun 2002 pada 6-8 Disember 2001 di Kota Baharu, Kelantan. Idea ini timbul susulan beberapa insiden kelarian, membakar blok penempatan, rusuhan di depot-depot tahanan berkenaan. Berteraskan kepada konsep 'self custody' dalam pengurusan banduan telah meyakinkan Kementerian Dalam Negeri akan kebolehan Jabatan Penjara menguruskan tahanan PATI secara profesional. Respon dari saranan itu, pada 11 Mac 2002, Ketua Pengarah Penjara telah membentangkan Kertas Konsep Cadangan Pengambilalihan Depot-Depot Imigresen berkenaan di KDN. Hasilnya Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Penjara mengambilalih 11 buah Depot Imigresen di seluruh negara kecuali Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen di bawah jagaan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (BKN) di negeri Sabah. Pengambilan dibuat secara berperingkat mulai 1 Jun 2002 sehingga 12 Disember 2005. Penyerahan kembali juga dilakukan secara berperingkat di seluruh negara sehingga bulan Mac 2008 bermula dengan depot PATI Semenyih pada 15 Januari 2008 dan berakhir dengan penyerahan Depot PATI Semuja. Sudah pasti dengan penyerahan semula depot-depot tahanan PATI kepada Jabatan Imegresen akan memberikan peluang dan ruang masa kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelaksanaan sistem parol iaitu satu sistem dan kefungsian baru Jabatan Penjara Malaysia yang dijangkakan mula dilaksanakan tidak berapa lama lagi. Urusan pengambilalihan dan penyerahan kembali Depot Tahanan PATI:
**Urusan pengambilalihan Depot PATI tidak termasuk Pusat Tahanan (PTS) di Sabah, kerana ia di bawah pengurusan dan pentadbiran BKN/JPM. |