| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kerja Berkumpulan Dan Kecergasan Fizikal Peserta Kursus STPP/SMPP Di Gunung Angsi

Program ini diadakan sebagai salah satu dari modul pembelajaran untuk pelatih-pelatih yang sedang menjalani kursus Sijil Tinggi Pengurusan Penjara (STPP) dan Sijil Menengah Pengurusan Penjara (SMPP) Fasa 1 Siri 1 2008.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam menghimpunkan seramai 140 pelatih kursus (139 lelaki dan 1 wanita) serta kesemua pegawai dan kakitangan Maktab Penjara Malaysia (MPM). Semua yang terlibat bermalam menggunakan khemah-khemah di tapak perkhemahan yang disediakan.

Turut serta di dalam program ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Komisioner Penjara Wan Nazarie b. Wan Mahmood, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik, PKP Ariffin b. Md. Nor. Diantara program yang dijalankan semasa berkampung di sini ialah:-

a. Program ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Husaini b. Husain dari Jabatan Islam Negeri Sembilan (MAIS)
b. Program gotong royong membersihkan 3 tanah perkuburan di kawasan Khariah Masjid Ulu Bendul
c. Program senamrobik.
d. Program ceramah ?Kepimpinan Dalam Organisasi" oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan), Komisioner Penjara Wan Nazarie b. Wan Mahmood.
e. Program aktiviti lasak iaitu pendakian Gunung Angsi setinggi 825 meter.