Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah menerima kunjungan lawatan dari delegasi Lembaga Pengarah Penjara Arab Saudi pada 15 April 2008. Delegasi ini tediri dari 4 orang pegawai kanan yang telah diketuai oleh Dr. Ali Hussain Al-Harbhy, Ketua Pengarah Penjara Arab Saudi. Manakala keanggotaan delegasi yang lain adalah Abdullah bin Muhammad Al-Nahidh, Ghirman bin Saleh Al-Amri dan Abdullah bin Sulaiman Al-Azzar.
Delegasi telah sampai ke IPPM pada jam 10 pagi dan telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman. Seterusnya delegasi telah diberikan taklimat komprehensif mengenai institusi koreksional dan pengurusan penghuni oleh PP Zaidi Hamid.
Seterusnya delegasi telah dibawa melawat ke Penjara Wanita Kajang, Penjara Kajang dan Maktab Penjara Kajang bagi meninjau operasi pengurusan banduan dan pelaksanaan latihan asas kepada pegawai kanan.
Ketua Pengarah Penjara Arab Saudi membuat pemeriksaan kawalan suku.
Delegasi diperkenalkan kepada kakitangan IPPM.
Sesi taklimat kepada delegasi
Y. Bhg. Datuk Mustafa bertukar cenderamata dengan Dr. Ali Hussain Al-Harbhy