Kejohanan Sukan Tahunan Penghuni Penjara Pusat Miri bagi Tahun 2008 telah dianjurkan oleh Bahagian Pemulihan, Institusi Penjara Pusat Miri yang berlangsung sepanjang bulan Julai dan Ogos. Sepanjang kejohanan pelbagai acara telah dipertandingkan. Acara "indoor games" seperti catur, chinese chess, english chess dan carrom turut diadakan. Bagi perlawanan seperti sepak takraw, futsal dan bola keranjang dipertandingkan untuk penghuni lelaki sahaja dan bola jaring bagi penghuni wanita. Sepanjangkan kejohanan dijalankan, penghuni yang terlibat telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan ini mampu memupuk semangat setia kawan mengeratkan hubungan dikalangan penghuni. Perlawanan akhir bagi sepak takraw, futsal dan bola keranjang, bola jaring diadakan pada 28 Ogos 2008 semasa Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan Penghuni Penjara Pusat Miri. Majlis Penutupan Kejohanan dijalankan berasingan antara penghuni lelaki dengan penghuni wanita. Semasa Majlis Penutupan Kejohanan, pertunjukan kawad senyap oleh penghuni telah menunjukkan keyakinan diri dikalangan peserta. Acara sukaneka dan bina badan turut diadakan. Acara tersebut dapat menghiburkan hati para penghuni dan kakitangan yang berada semasa Majlis Penutupan Kejohanan. Deklimasi sajak oleh wakil penghuni lelaki dan juga wanita sempena hari kemerdekaan dapat memupuk semangat Kemerdekaan walaupun berada didalam tembok penjara. Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan Penghuni Penjara Pusat Miri bagi Tahun 2008 telah disempurnakan oleh Yang Setia Pengarah Penjara Pusat Miri iaitu Penguasa Penjara Bismillah Bin Abang Masra.
|