Sambutan kemerdekaan negara ke 51 dengan tema "perpaduan teras kejayaan" turut disambut dengan penuh meriah di Penjara Penor pada 27 ogos 2008 (rabu). Jabatan Penjara Penor dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Pahang telah menganjurkan "Program Semarak Merdeka" bertempat di Dewan Melati Penjara Penor. Yang Berhormat Tuan Haji Shafik Fauzan Bin Shariff, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Dan Warisan, Pembangunan Keluarga Dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang telah sudi melapangkan masa hadir dan seterusnya merasmikan program ini. Beliau juga telah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang acara sukaneka yang telah diadakan bersempena "Program Merakyatkan Seni" pada 26 julai 2008 Program yang bermula jam 9.00 malam ini telah diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dari anak-anak kakitangan Penjara Penor, Kumpulan Tunas Budaya Negeri Pahang, band kugiran Majlis Daerah Pekan dan artis popular tahun 60'an iaitu saudara Jeffrydin. Majlis tamat pada jam 10.45 malam diakhiri dengan semua hadirin menyanyikan lagu merdeka "Tanggal 31 Ogos" yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Bin Haji Arshad.
|