| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Bulan Ramadhan Al-Mubarak Penjara Simpang Rengam, Johor 2008

Pada 27 Ogos 2008, Surau Ar-Raudah Penjara Simpang Rengam Johor telah menganjurkan Majlis Sambutan Menyambut Bulan Ramadhan 1429 di perkarangan kuarters kakitangan. Objektif utama Majlis ini ialah untuk memanjangkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang melakukan ibadat puasa pada tahun ini.
 
Selain itu majlis ini juga bertujuan memupuk semangat gotong royong dan mengeratkan hubungan di antara kakitangan dan masyarakat setempat.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah, solat Maghrib dan Isyak berjemaah diikuti ceramah Kesyukuran Menyambut Ramadhan oleh Ustaz Hj Abd Mutalib b. Hj Abd Rahim Al-Hafiz Imam Besar Negeri Johor.

Majlis ini turut disertai oleh masyarakat setempat sekitar daerah Simpang Rengam, Johor.
1
  Kakitangan sedang bergotong royong menyiapkan hidangan
 
2 3
Sebahagian dari tetamu yang hadir Ceramah Kesyukuran Menyambut Ramadhan oleh Ustaz Hj Abd Mutalib b. Hj Abd Rahim Al-Hafiz Imam Besar Negeri Johor