Aktiviti khidmat masyarakat 'We Care' Penjara Taiping, Perak telah diadakan di Rumah Seri Kenangan, Taiping, Perak pada 28 Ogos 2008 dengan penyertaan seramai (20) orang pegawai diketuai oleh PP Mazlan Bin Md Yusof dan (10) orang banduan pra bebas dari Penjara Taiping. Tujuan aktiviti diadakan ialah untuk memberi pendedahan awal kepada banduan terhadap masyarakat luar di samping melahirkan sifat keinsafan dan kesedaran kepada penghuni dalam menghadapi cabaran masa depan melalui pendedahan mereka kepada golongan masyarakat yang kurang upaya. Dengan sasaran serampang dua mata, aktiviti ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakat luar bahawa golongan banduan masih berpeluang untuk pulih dan kembali dalam masyarakat serta hidup selaras dengan kehendak undang-undang. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah membersihkan kawasan dewan, menggunting rambut warga Rumah Seri Kenangan dan majlis beramah mesra bersama warga Seri Kenangan. Gambar-Gambar Aktiviti 'We Care Di Rumah Seri Kenangan, Taiping, Perak
|