| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Delegasi Hong Kong Correctional Service Department Ke Jabatan Penjara Malaysia

Seramai 12 orang pegawai dari Hong Kong Correctional Service Department telah membuat lawatan rasmi ke institusi penjara di Malaysia di antara 24 Ogos hingga 29 Ogos 2008 yang lepas. Delegasi dari Hong Kong ini telah terus dibawa ke Pulau Langkawi untuk sesi lawatan ke Akademi Koreksional Malaysia.
Pada 25 Ogos 2008 rombongan daripada Hong Kong Correctional Services Department seramai 12 orang yang diketuai oleh Deputy Commissioner Mr. Ying Kwok Ching telah berkesempatan melawat Akademi Koreksional Malaysia Langkawi sempena lawatan kerja rombongan ini ke Jabatan Penjara Malaysia. PP Adinaraina a/l Subramaniam telah memberikan taklimat yang menyentuh mengenai deklarasi persidangan APCCA 1997 di Kuala Lumpur untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat latihan koreksional serantau. Selain itu, taklimat juga menonjolkan kemudahan dan kursus yang ditawarkan oleh Akademi. Rombongan ini berkesempatan meninjau kemudahan yang ada di Akademi secara keseluruhanya rombongan ini cukup tertarik dengan fungsi Akademi ini dalam membangunkan sumber manusia.
Rombongan ini juga berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di Langkawi sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk lawatan ke Ibu Pejabat penjara Malaysia, Penjara kajang, Penjara wanita dan Penjara Agro di Melaka.

1   2
PP Adinaraina a/l Subramaniam dan Deputy Commissioner Mr.Ying Kwok Ching bertukar - tukar cenderahati   Bergambar bersama-sama kakitangan Akademi Koreksional Malaysia Langkawi


Pada 28 Ogos 2008, delegasi telah membuat kunjungan rasmi ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira dimana Deputy Commissioner Mr.Ying Kwok Ching telah berkesempatan berjumpa dengan Y. Bhg. KJP Datuk Mustafa bin Osman di pejabat beliau. PKP Kausalya Devi telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan taklimat berkenaan 'Overview of Correctional System in Malaysia'.

3   4
Y. Bhg. Datuk Mustafa Osman bertukar cenderahati sempena kunjungan Deputy Commissioner Mr.Ying Kwok Ching ke pejabat beliau.   Sesi taklimat di Bilik Persidangan


5

Dalam sesi lawatan kali ini, delegasi turut berkesempatan untuk membuat lawatan ke Penjara Pelancongan Agro di Penjara Pra-Bebas Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh serta melawat dan melihat aktiviti pemulihan yang dijalankan di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang.

Delegasi berlepas balik ke Hong Kong pada 29 Ogos 2008 dari KLIA. Adalah diharapkan kunjungan delegasi ini akan dapat membuka lagi lembaran kerjasama dalam bidang koreksional bagi kedua-dua pihak.
Bergambar bersama delegasi HKCSD