Isnin, 29.08.2008 - Bahagian Latihan Institusi PPA Muar telah mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan seramai 16 kakitangan PPA dan 14 anggota bomba daripada Balai Bomba Muar. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dan kecekapan dalam menangani kebakaran sekiranya ia berlaku di dalam penjara. Seramai 35 tahanan di blok C juga terlibat dalam latihan ini. Latihan ini juga merupakan kesinambungan daripada latihan untuk kakitangan yang diadakan sebelum ini. Pihak institusi ini mendapat kerjasama yang baik daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Muar.
|