Pada hari Khamis 25 September 2008 jam 1515 telah diadakan satu majlis penyerahan bungkusan kuih raya daripada PERSIAP Penjara Kluang kepada Pengarah Penjara Kluang PKK Roslan Bin Haji Mohamed di Bilik Persidangan, Pejabat Pentadbiran Luar, Penjara Kluang Johor.
Majlis telah dihadiri oleh Pengerusi PERSIAP Puan Roslina Binti Kamaruddin serta Naib Pengerusinya Puan Bandiyah Binti Jamil dan juga AJK PERSIAP yang lain.
Kerja-kerja pembungkusan kuih raya telah dilakukan oleh ahli-ahli serta AJK PERSIAP secara bergotong-royong di rumah PERSIAP. Majlis penyerahan bungkusan kuih-raya telah dilakukan oleh Pengerusi PERSIAP kepada Pengarah Penjara Kluang dengan disaksikan oleh Naib Pengerusi PERSIAP dan juga Timbalan Pengarah Penjara Kluang PKP Mohd Muslih Bin Mahmud.
Bungkusan kuih raya ini akan diagihkan kepada semua pegawai serta anggota lain-lain pangkat yang bertugas pada 1 Syawal nanti.
Pihak PERSIAP berharap dengan adanya pemberian bungkusan kuih raya ini, ia akan dapat menaikkan semangat kepada semua anggota yang bertugas pada hari raya nanti.