| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Ke Kediaman Lama

Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah serta Kerabat Baginda telah mengunjungi kediaman lama Baginda yang terletak di dalam kawasan PPA Batu Gajah, Perak pada 2 Oktober 2008 iaitu hari raya kedua. Baginda telah disambut oleh TPP Ramle Bin Ahmad serta kakitangan PPA Batu Gajah pada jam 1220 tengahari. Kehadiran turut diiringi oleh oleh Datuk Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Kinta.

Tuanku Baginda serta Kerabat telah melawat di kawasan luar serta di dalam kediaman lama Baginda. Antara perancangan yang telah dititahkan oleh Tuanku Baginda semasa lawatan berkenaan ialah menaik taraf balai pengawal, tempat menunggu perjumpaaan, kawasan rumah rehat pengiring, berek bujang, pagar serta warna bangunan PPA Batu Gajah supaya kelihatan lebih menarik dan efisyen lagi.

Beliau begitu kagum dengan usaha PPA Batu Gajah kerana dapat menjaga dengan baik kediaman lama Baginda yang telah sekian lama Baginda tinggalkan.

Tuanku Serta Kerabat Diraja Mengambil Gambar Kenang-Kenangan   Tuanku Baginda Menceritakan Pengalaman Beliau Di Kediaman Lama
Tuanku Serta Kerabat Diraja Mengambil Gambar Kenang-Kenangan   Tuanku Baginda Menceritakan Pengalaman Beliau Di Kediaman Lama