| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Perjumpaan Jalinan Kasih (Bersemuka) Sempena Hari Raya Aidilfitri Penjara Taiping

Sebagaimana diarahkan oleh pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia, institusi ini juga telah mengadakan perjumpaan Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Perjumpaan telah diadakan pada Hari Raya Pertama 1 Oktober 2008 iaitu secara bersemuka.

Walaupun pada mulanya ramai keluarga banduan menyatakan kesediaan untuk hadir tetapi pada hari tersebut hanya ahli keluarga (4) orang banduan sahaja yang hadir berjumlah (23) orang pelawat.

Jelas sekali dengan adanya perjumpaan cara ini terpancar kemesraan, keharmonian dan dapat mengeratkan kasih saying diantara banduan dengan keluarga mereka . Perjumpaan telah berakhir pada jam 3.00 petang.


1 2