| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Tapah 2008

Tapah ? 09 Oktober 2008

" Sebelum ini, saya sangka tiada ahli keluarga mahu menyambut Aidilfitri bersama saya di penjara tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya " .... " Selama ini saya hanya dapat berkomunikasi dengan ahli keluarga rapat melalui interkom pada waktu lawatan biasa " begitulah antara kata-kata beberapa orang banduan banduan yang diberi kesempatan menyertai Program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri Penghuni Penjara Tapah.

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2008, Unit Pemulihan Penjara Tapah telah mengadakan satu majlis khas untuk penghuni Penjara Tapah iaitu " Program Jalinan Kasih Penghuni Penjara Tapah 2008 " pada 10 Oktober 2008 . Seramai lebih kurang 100 daripada keluarga 10 orang banduan dan 5 orang banduanita telah terpilih dalam program ini, dimana mereka ini berpeluang berhari raya dan bermaaf-maafan dengan keluarga masing-masing secara bersemuka selama sejam. Beberapa aktiviti juga turut diadakan antaranya nyayian berkumpulan, solo , deklamasi sajak dan acara memotong kek.

Pengarah Penjara Tapah, Penolong Kanan Komisioner Rosni bin Mansor beserta dengan Penguasa-Penguasa dan Pegawai Kanan telah turut sama dalam majlis ini. Dalam ucapan ringkasnya , PKK Rosni bin Mansor antara lain menyatakan bahawa tujuan Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara banduan/ banduanita dengan ahli keluarga yang telah lama terpisah. Juga memberi peluang kepada banduan/ banduanita untuk beramah mesra bersama-sama keluarga setelah sekian lama dipisahkan oleh tembok penjara diatas kesilapan lalu. Beliau juga berharap agar kesempatan ini dapat dimanafaatkan dan digunakan sebaiknya oleh banduan/ banduanita dan ahli keluarga masing-masing. PKK Rosni juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Pemulihan Penjara Tapah kerana telah berjaya menganjurkan program ini dan beliau berharap agar program ini dapat dijadikan program tahunan agar penghuni-penghuni yang lain juga dapat diberikan peluang menjayakan program ini.

1   2
Banduan/ banduanita bersama keluarga masing-masing yang terlibat dalam Program Jalinan Kasih "   PKK Rosni bin Mansor memotong kek sempena Program Jalinan Kasih sambil diperhatikan oleh ahli keluarga banduan/ banduanita yang hadir
 
3   4
Seorang kakitangan penjara beramah
mesra dengan keluarga yang hadir.
  PKK Rosni bin Mansor beramah mesra dengan banduan/ banduanita dan keluarga yang hadir pada Program Jalinan Kasih.