14 Oktober 2008 (Rabu) - Program Semangat Merdeka 2008 telah diadakan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor. Seramai 140 penghuni dan 30 kakitangan terlibat didalam program ini.
Program yang telah dianjurkan oleh Biro Tatanegara (BTN) ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk menghargai erti 'kemerdekaan' dan meningkatkan semangat patriotik kepada negara.
rogram ini telah dimulakan dengan Nyanyian Negaraku oleh peserta, diikuti dengan ceramah oleh Pegawai Biro Tatanegara Negeri Johor, Dr Abd Rahman Bin Md Said dan Tayangan filem yang bertajuk "Hati Malaya 1957".