Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 , Unit Rundingcara Penjara Simpang Rengam, Johor telah menjalankan aktiviti Program Sempena Hari Perayaan iaitu Jalinan Kasih pada 11.Oktober 2008 (Sabtu).
Antara objektif program ini ialah mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan juga kasih sayang di antara penghuni dengan keluarga serta memupuk sikap saling bermaafan di antara penghuni dengan keluarga dan memperbaiki hubungan kekeluargaan.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan dari TKPj Jamaludin b. Saad. Beliau telah menjelaskan keluarga juga memainkan peranan yang amat penting untuk membantu pemulihan terhadap penghuni dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Adalah menjadi harapan program ini akan dapat meningkatkan lagi nilai-nilai kasih sayang di antara penghuni dan keluarganya dan seterusnya akan dapat memberi kesedaran dalam diri penghuni itu sendiri untuk menjalani kehidupan yang lebih baik lagi apabila kembali ke pangkuan mesyarakat nanti.
TKPj Jamaludin b. Saad memberi ucapan dalam Program Jalinan Kasih Aidil Fitri | Antara ahli keluarga tahanan yang hadir dalam Program Jalinan Kasih Aidil Fitri 2008 | |
Salah seorang tahanan menghadiah kain tudung kepada ibunya | Seorang tahanan melepaskan rindu kepada anaknya |