Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia 2008 akan dilangsungkan pada 18 Oktober 2008 bertempat di Penjara Marang. Majlis perasmian akan diserikan lagi dengan kehadiran Y.B. Dato' Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri.
Tema "Pemulihan Ke Arah Masyarakat Harmoni" dipilih sebagai tema majlis sambutan Hari Jabatan Penjara 2008. Tema ini jelas memberi pengertian tentang impian dan bagaimana untuk mencapainya. Kerjasama semua pihak, penting bagi mengembeling tenaga, bermula dari akar umbi bermula dengan pencegahan dan seterusnya memulihakan individu yang tersasar objektif hidupnya. Keharmonian yang dicapai, pastinya memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada semua pihak.
Di dalam majlis ini juga, pihak jabatan akan memperkenalkan bendera baru JPM - Waja Bakti bagi menggantikan bendera lama seiring dengan penambahbaikan yang dilaksanakan.
Adalah diharapkan sambutan Hari Jabatan Penjara 2008 ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi semangat serta komitmen setiap anggota penjara tetapi juga berupaya membuka satu lembaran baru ke arah mempereratkan lagi pertalian dan kerjasama yang lebih jitu dan bersepadu di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan semua pihak di dalam masyarakat.