Jumaat 10 oktober 2008,
Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra sempena sambutan Hari Haya Aidilfitri bertempat di Mini Stadium, Maktab Penjara Malaysia.
Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Penolong Komisioner Osman Bin Ahmad telah bersama-sama dengan pelbagai lapisan kakitangan serta keluarga masing-masing telah memeriahkan majlis ini.
Pelatih-pelatih kursus STPP dan SMPP turut serta di majlis.
Majlis ini bermula apabila Pengarah Maktab Penjara Malaysia telah menyalakan bunga api sebagai simbolik tanda bermulanya majlis ini. Diantara program yang dijalankan ialah pertandingan gerai (kreatif, cantik), karaoke, pemberian duit raya kepada kanak-kanak.
Acara Simbolik Perasmian Majlis Dimana Pengarah Maktab Penjara Malaysia Menyalakan Bunga Api | Pemberian Sumbangan Duit Raya Kepada Anak-Anak Pegawai Dan Kakitangan | |
Lawatan Ke Gerai-Gerai | Sebahagian Daripada Keluarga Pegawai Dan Kakitangan Yang Hadir |