Pada 14 Oktober 2008 bertempat di blok reman dan sabitan Penjara Banda Hilir, Melaka Seramai 2 orang kakitangan daripada Biro Tatanegara Cawangan Melaka iaitu En. Ahmad Rosdi bin Zainodin dan Cik Nurhanum bt Ismail telah hadir untuk membuat penayangan Filem Hati Malaya 1957 kepada penghuni dan kakitangan Penjara Banda Hilir.
Seramai 160 orang banduan/tahanan dan 16 orang kakitangan yang turut serta dalam menjayakan program tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang mengikutinya adalah seramai 186 orang. Semua banduan/tahanan dikawal oleh Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) dan sentiasa dipantau Pegawai Yang Bertugas (PYB).
Pengarah dan Penyelaras Program Semangat Merdeka 2008 |
Banduan dikawal oleh pegawai yang bertugas |