Isnin, 20 Oktober 2008 - Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Bagi Tahun 2008 Peringkat Insitusi Penjara Pusat Miri telah diadakan di Dewan Serbaguna Miri, Penjara Pusat Miri. Sambutan Hari Penjara tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Bismillah Bin Abang Masra dan turut dihadiri oleh Timbalan Penguasa Penjara, Pegawai - Pegawai Kanan, kakitangan lain - lain pangkat serta kakitangan awam.
Sempena sambutan tersebut pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah pemeriksaan barisan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, nyanyian lagu patriotik, ikrar setia, penganugerahan pingat dan sijil, membaca perutusan Komisioner Jeneral Penjara dan kempen derma darah telah diadakan pada sebelah pagi.
Seramai 11 orang menerima Pingat Perkhidmatan Am (PPA), 2 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PS), seorang menerima Pingat Setia Penjara (PSP), 18 orang menerima Riben Kelakuan Baik (RKB) dan 5 orang menerima Sijil Penghargaan (SP). Semua anugerah tersebut telah disampaikan oleh PP Bismillah Bin Abang Masra. Tahniah dan syabas kepada pegawai dan kakitangan yang telah dianugerahkan pingat dan sijil.
Pada sebelah petang juga diadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar Penjara Pusat Miri. Aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan antara kakitangan disamping dapat menjaga kebersihan sekitar kawasan penjara.
Pemeriksaan barisan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, Y.S PP Bismillah Bin Abang Masra |
Bacaan Ikrar Setia diketuai oleh TPP Bolkiah Bin Srah |