Ahad, 19 Oktober 2008 - Telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya 2008, peringkat Akademi Koreksional Malaysia, Kuah Langkawi (AKM) dan telah diadakan di Auditorium besar AKM.
Majlis telah dihadiri oleh YS PKK Kushairi bin Manap dan seluruh anggota serta keluarga AKM. Turut hadir memeriahkan lagi sambutan terdiri dari beberapa orang ketua jabatan sekitar Langkawi seperti Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perikanan, Imigresen, Galeri Perdana Jabatan Muzium Negara Malaysia dan Pengurus dari bank-bank berhampiran. Beberapa acara menarik telah dipersembahkan oleh kakitangan, juga dari naib juara bakat bintang kecil Radio Televisyen Malaysia adik Ain Syarmimin bte Mohd Zul selaku penyanyi jemputan. Antara juadah yang dihidangkan seperti rendang ayam dan daging, ketupat, sate dan beberapa hidangan lain termasuk kuih hari raya.
Tetamu jemputan yang turut sama hadir dalam majlis Sambutan Hari Raya |
Kakitangan AKM menikmati juadah Hari Raya |