| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Penjara Penor 2008

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2008, Unit Pemulihan Penjara Penor telah mengadakan satu majlis khas untuk penghuni Penjara Penor iaitu " Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidil Fitri " pada 1 Oktober 2008 .

Tujuan Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara banduan/banduanita dengan ahli keluarga yang telah lama terpisah. Juga memberi peluang kepada banduan untuk beramah mesra bersama-sama keluarga setelah sekian lama dipisahkan oleh tembok penjara diatas kesilapan lalu.

Program ini bermula pada jam 10.30 pagi dan selesai pada pukul 2.00 petang jelas dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara banduan dan keluarga Seramai lebih kurang 20 orang banduan dimana mereka ini berpeluang berhari raya dan bermaaf-maafan dengan keluarga masing-masing secara bersemuka selama sejam.

Seorang ibu memeluk anak sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi Kasih seorang ayah terhadap anak
Seorang ibu memeluk anak sebagai
tanda kasih sayang yang tidak
berbelah bahagi
Kasih seorang ayah terhadap anak