Tapah, 20 Oktober 2008 ( Isnin ) - Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia peringkat institusi Penjara Tapah telah diadakan di Dataran Setia Penjara Tapah dan dihadiri oleh Pengarah Penjara Tapah, Penguasa-Penguasa Penjara , Pegawai-Pegawai Kanan, kakitangan lain-lain pangkat, peserta kursus Sijil Asas Penjara serta kakitangan awam yang bertugas di Penjara Tapah.
Sempena sambutan tersebut pelbagai acara dijalankan, antaranya nyanyian lagu patriotik, ikrar setia, penganugerahan pingat dan sijil, membaca perutusan dari Komisioner Jeneral Penjara , pelupusan artikel larangan yang dirampas, kempen derma darah dan juga ceramah motivasi.
Seramai 11 orang menerima Pingat Perkhidmatan Am ( PPA ), 16 orang menerima Pingat Perkhidmatan Setia ( PPS ), 4 orang menerima Pingat Setia Penjara ( PSP ), 2 orang menerima Pingat Cemerlang Penjara ( PCP ), 5 orang menerima Pingat Pekerti Penjara ( PPP ), 10 orang menerima Pingat Bakti Penjara ( PBP ), 15 orang menerima Riben Kelakuan Baik ( RKB ) dan 2 orang menerima Sijil Penghargaan ( SP ).
Juga turut disampaikan ialah anugerah Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara kepada 6 orang penerima yang layak.
Penguasa Penjara Ab. Hakim Hamir bin Mohamad mendahului senarai penerima dengan menerima Pingat Pekerti Penjara ( PPP ). Semua anugerah tersebut telah disampaikan oleh PKK Rosni bin Mansor , Pengarah Penjara Tapah.
Tahniah dan syabas kepada pegawai dan kakitangan yang telah dianugerahkan pingat dan sijil.
Pemeriksaan barisan oleh PKK Rosni bin Mansor diiringi oleh ketua perbarisan, TPP Jamaluddin bin Hassan |
PP Ab Hakim Hamir bin Mohamad mendahului senarai penerima pingat. PKK Rosni bin Mansor menyematkan Pingat Pekerti Penjara ( PPP ) di dada PP Ab Hakim Hamir. |