15 September 2008, Isnin - Lembaga Parol III, Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Persidangan Lembaga Parol di Bilik Gerakan Penjara Marang Terengganu. Tujuan diadakan Lembaga Parol di Penjara Marang Terengganu adalah untuk melakukan lawatan kerja bagi meneliti Program Pelan Pembangunan Insan (PPI) di Penjara Marang Terengganu.
Disamping itu juga Pihak lembaga Parol telah membuat sessi perjumpaan bersama banduan yang layak diparol semasa sessi Persidangan diadakan. Sebanyak 10 Dosir bagi 10 orang banduan telah dibentangkan pada kedua-dua hari tersebut dan seramai 7 orang banduan dari Penjara Marang Terengganu telah menghadirkan diri untuk sessi perjumpaan bersama Lembaga Parol pada kedua-dua hari tersebut. Pada 15 September 2008 seramai 3 orang banduan dari Penjara Marang Terengganu telah menghadirkan diri bagi sessi perjumpaan dengan Pihak Lembaga Parol dan pada 16 September 2008 seramai 4 orang banduan dari Penjara Marang Terengganu telah menghadirkan diri bagi sessi perjumpaan dengan Pihak Lembaga Parol.
Senarai ahli Lembaga Parol III yang telah hadir untuk sessi persidangan ialah:
1. | B.Sarala A/P Ayappan Pillai | Pengerusi Lembaga III |
2. | Ibrisham Bin Abdul Rahman | Ahli Lembaga III |
3. | Junaid Bin Hj.Zakaria | Ahli Lembaga III |
4. | Hj.Mohd Noh Bin Tan Sri Murad | Ahli Lembaga III |
5. | Habibah Binti Baba | Ahli Lembaga III |
6. | Hajjah Che?mah Binti Hj.Darus | Ahli Lembaga III |
7. | Barkhiya Bin Shahiruddin | Urusetia |
8. | Mohd Radzi Bin Ismail | Urusetia |
9. | Nadia Fadhilla Binti Abdul Aziz | Urusetia |
Senarai nama banduan yang dibentangkan pada Persidangan Lembaga Parol ialah :
Persidangan pada 15hb September 2008
Bil | No. siri Lembaga Parol | No.SMPP | Institusi Penjara | Nota |
1. | LP 2008/0632 | 65-05-02229 | Marang | Jumpa Lembaga |
2. | LP 2008/0635 | 71-04-00371 | Marang | Jumpa Lembaga |
3. | LP 2008/0640 | 8-05-00248 | Marang | Jumpa Lembaga |
4. | LP 2008/0642 | - | Institusi Penjara | - |
Persidangan pada 16hb September 2008
Bil | No. siri Lembaga Parol | No.SMPP | Institusi Penjara | Nota |
1. | LP 2008/0747 | 71-07-01543 | Marang | Jumpa Lembaga |
2. | LP 2008/0748 | 71-05-00478 | Marang | Jumpa Lembaga |
3. | LP 2008/0749 | 71-04-00123 | Marang | Jumpa Lembaga |
4. | LP 2008/0638 | 11-01-00008 | Marang | Jumpa lembaga |
LP 2008/0646 | - | Institusi Penjara | - | |
LP 2008/0691 | - | Institusi Penjara | - |
Pada 16hb September 2008, Ahli-hli Lembaga parol juga telah mengadakan lawatan ke dalam kawasan penjara bagi melihat sendiri perlaksanaan Program Pelan Pembangunan Insan (PPI) di Penjara Marang, Terengganu. Ahli-ahli Lembaga Parol telah dibawa melawat ke bengkel-bengkel yang terdapat di Penjara Marang bagi melihat program kemahiran yang dijalankan di bengkel-bengkel Penjara Marang.
Salah Satu diantara bengkel-bengkel yang dilawati oleh Ahli-ahli Lembaga Parol ialah bengkel songket yang merupakan bengkel yang begitu dikenali di Penjara Marang ini. Semasa sessi lawatan ke bengkel songket ini Ahli-ahli Lembaga Parol telah melihat sendiri proes pembelajaran yang di ikuti oleh banduan-banduan, disamping itu juga Ahli-ahli Lembaga parol dapat melihat tahap kemahiran yang dimiliki oleh semua banduan-banduan melalui hasil-hasil kerja yang disiapkan oleh banduan-banduan.
Dikesempatan itu juga Ahli-ahli Lembaga parol berkesempatan untuk bertanya dan menemuduga banduan-banduan yang mengikuti program kemahiran yang dijalankan di Penjara Marang Terengganu.
Pengerusi Lembaga Parol III, Puan B. Saralla A/P Ayappan Pillai sedang menemuduga seorang calon yang memohon untuk di parol. | Pengerusi Lembaga Parol III, Puan B. Saralla sedang diberi taklimat mengenai pembuatan songket oleh Koperal Penjara 8411, Zulkifli bin Awang. |