Isnin, 21 Oktober 2008 - Jabatan Penjara Malaysia Limbang telah mengadakan majlis ramah-tamah aidilfitri bertempat di Dewan Gemilang, Jabatan Penjara Malaysia Limbang. Majlis ini bermula sekitar jam 8.00 malam dengan acara pembukaan tarian ?warna-warni aidilfitri? oleh Anak Seni Penjara Limbang di bawah pimpinan IP. Roy anak Martin .
Majlis tersebut telah dihadiri seramai lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada warga kakitangan dan keluarga Jabatan Penjara Malaysia Limbang. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Limbang bersama isteri.
Pelbagai aturcara dipersembahkan seperti Pertandingan Karaoke Lagu Hari Raya, Tarian Poco-poco oleh anak-anak kakitangan, Pertandingan ?Fancy Dress? bagi kanak-kanak, persembahan jemputan daripada Majlis Kecergasaan Kebangsaan Bahagian Limbang, Raja & Ratu Aidilfitri Tahun 2008 serta cabutan bertuah juga tidak ketinggalan. Majlis ramah-tamah aidilfitri telah melabuh tirainya lebih kurang jam 1030 malam.
Persembahan Karaoke oleh pelatih Kursus Asas Pegawai Penjara |
Persembahan jemputan PP. Fathi bin Mursidi bersama isteri |