Pada 20 hb Oktober 2008, Sekolah Henry Gurney Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dimulakan dengan upacara penyampaian pingat dan sijil, dimana seramai 24 orang kakitangan pelbagai pangkat menerima pingat, 49 orang kakitangan menerima Riben Kelakuan Baik (RKB) dan 6 orang kakitangan menerima Sijil Penghargaan.
Program gotong royong turut diadakan sebaik sahaja selesai jamuan minum pagi. Selain dari itu pihak institusi ini turut mengambil pendekatan dengan mengadakan kunjungan menziarahi ke rumah warga emas di sekitar Kampung Telok Mas serta Rumah Warga Emas Bukit Larang. TPP Zamzuri menjelaskan program ini bertujuan mendekatkan hubungan persaudaraan di antara kakitangan dengan masyarakat kampung di samping menghulurkan sedikit sumbangan serta barang keperluan.
Rombongan turut menziarahi seorang pesara penjara yang terlantar di Hospital Melaka iaitu Sarjan 2116 Maulod bin Hassan akibat stroke. Pada sebelah petangnya pula, diadakan program sukaneka di mana 9 acara diaturkan di antaranya ialah basikal lambat, menganyam ketupat, sepak raga bulatan dan acara berakhir pada 6.00 petang.