Majlis yang dijalankan serentak di semua institusi Jabatan Penjara Malaysia pada 20/10/2008. Maktab Penjara Malaysia Kajang juga tidak terkecuali. Seramai 2 orang Pegawai Kanan dipakaikan pangkat dan 25 orang pegawai dan kakitangan telah dianugerahkan pingat dan riben kelakuan baik termasuk pegawai dan kakitangan daripada Parol Negeri Selangor.
Majlis ini disempurnakan oleh Penolong Komisioner Osman bin Ahmad, Pengarah Maktab Penjara Malaysia serta Penguasa Mad Din bin Mamat, Pengarah Parol Negeri Selangor.
Kemuncak majlis ialah ucapan Perutusan Komisioner Jeneral Penjara, Y. Bhg. Datuk Mustafa bin Osman yang dibacakan oleh Penolong Komisioner Osman bin Ahmad, Pengarah Maktab Penjara Malaysia.
Penerima Wang Kumpulan Hadiah Pegawai Penjara |
Berita bergambar |