Sambutan Hari Penjara 2008 Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar telah diadakan dengan jayanya pada 20 Oktober 2008 jam 7.45 pagi.
Sambutan disempurnakan oleh Pengarah PPA Muar, PP Sazali Bin Ismail. Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, bacaan doa, pemeriksaan barisan, penyampaian perutusan Y. Bhg Datuk Mustafa Bin Osman (Komisioner Jeneral Penjara) serta penyampaian pingat & sijil.
PPA Muar juga menganjurkan Kempen Derma Darah, gotong-royong dan jualan infokraf sempena sambutan Hari Penjara pada tahun ini.
Perutusan Yg Bhg Komisioner Jeneral Penjara Dibacakan Oleh PP Sazali Bin Ismail, Pengarah PPA Muar |
Kempen Menderma Darah |