Pada 08 Ogos 2020 (Sabtu), Penjara Pusat Sibu telah mengadakan Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Ketua Institusi Penjara Pusat Sibu. Majlis dimulakan dengan upacara Perarakan Masuk Tongkat Kuasa yang diketuai oleh IP Abdul Azwani Bin Kadri. Aturcara majlis diteruskan dengan sesi menandatangani Nota Serah Tugas oleh YDH PKP Azhar Bin Ahmad, manakala Nota Terima Tugas ditandatangani oleh YDH PKP Hamad Bin Seman, selaku Pengarah Penjara Pusat Sibu yang baharu dan telah disaksikan oleh YDH TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Maka dengan itu, pucuk pimpinan Penjara Pusat Sibu akan diterajui oleh YDH PKP Hamad Bin Seman berkuatkuasa pada 08 Ogos 2020. Majlis ini turut dihadiri dan dimeriahkan oleh Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, Pegawai-Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat serta kakitangan awam Penjara Pusat Sibu.