| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Kali Ke-230 Peringkat Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

Pada 09 September 2020 (Rabu) bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Perbarisan bulanan bersempena Sambutan Hari Penjara Kali ke-230 peringkat Penjara Seberang Perai dengan tema "Transformasi Penjara, Kemakmuran Bersama". Antara aturcara yang diadakan adalah pemakaian pangkat (3) Sarjan Hakiki,(4) Sarjan TBBK dan (8)Koperal TBBK serta bacaan perutusan YBhg. Dato' Sri. Hj. Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Sempena Sambutan Hari Penjara ke-230 oleh TKP Roslan Bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang diiringi oleh PKK Hj.Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar bersama penerima pangkat. Pada sesi petang PKK Hj.Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai Pulau Pinang turut mengadakan lawatan kunjungan ke kediaman SJN 11988 Asshahida Al-Fadhal bin Shahuddin yang bercuti atas faktor kesihatan.