Pada 08 September 2020 (Selasa), Unit Pemulihan dan Pendidikan Pusat Koreksional Perlis telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 63 tahun 2020 peringkat penghuni yang melibatkan seramai 200 orang penghuni bertempat di Dewan Aktiviti Banduan. Antara pengisian sambutan ialah persembahan sketsa dari kumpulan D? Boys Perlis, deklamasi sajak Merdeka, nyanyian lagu patriotik dari penghuni. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Koreksional Perlis, PKK Tey Hock Soon dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah, PP Mohd Sabri bin Md Arshad serta Ketua Unit Pemulihan dan Pendidikan TPP Muhammad Hazmi bin Abu Hassan, pegawai kanan dan anggota PPI. Sambutan ini bertujuan untuk melahirkan keinsafan serta menanamkan semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri setiap penghuni disamping mengukuhkan jati diri dan memupuk semangat cinta akan negara.