Pada 09 September 2020 (Rabu), Unit Program Pembangunan Insan (PPI), Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-63, Peringkat Penghuni Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara Kajang. Program ini telah diadakan di Padang Kawad (RPD), Penjara Kajang. Seramai 600 orang banduan telah menyertai program yang bermula pada jam 09.00 pagi dengan kibaran jalur gemilang, persembahan pentomen, deklamasi sajak, persembahan dikir barat dan persembahan kumpulan muzik banduan. Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Komisioner Penjara Tuan Mohd Hafizey bin Yahaya.