| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pembuatan Pizza

Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Pembuatan Pizza Siri 1 pada 25.08.2020 dan siri 2 pada 09.09.2020 melibatkan (44) Orang Diselia dan Kursus Pembuatan Mee Kuning pada 25.08.2020 melibatkan (26) Orang Diselia anjuran Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan. Kursus ini juga melibatkan (12) Orang Kakitangan dan (6) orang tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan. Objektif kursus adalah untuk memberi kemahiran bersijil kepada Orang Diselia dalam bidang bakeri dan pastri. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Penguasa Wan Rosli bin Dollah, Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan.