Pada 15 September 2020 (Selasa), Seksyen Pemulihan dan Pendidikan Penjara Dusun Dato' Murad Ayer Keroh Melaka telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 dan Hari Malaysia bagi tahun 2020 peringkat penghuni yang melibatkan seramai 90 ODS bertempat di Dataran Kawad Penghuni. Antara pengisian sambutan ialah Tayangan Perdana Filem ?BRAVO 5?, Ceramah Kemerdekaan dari Pegawai Psikologi, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Pertandingan Deklamasi Sajak Patriotik, dan Pertandingan Reka Cipta Logo dari penghuni. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad, PKP Zamzuri Bin Ghani sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah, PP Shamsul Izak Bin Samli dan TPP Mohd Safuan Bin Zubir serta Ketua Unit Program Pembangunan Insan, IP Mohd Bob Halil Bin Mustapa dan anggota PPI. Sambutan ini bertujuan untuk melahirkan keinsafan serta menanamkan semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri setiap penghuni disamping mengukuhkan jati diri dan memupuk semangat cinta akan negara dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan negara Malaysia tercinta.