Pada 22 September 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan sesi Dialog Bulanan kakitangan dan anggota bersama Pengarah Institusi bagi bulan September 2020. Dialog Bulanan telah dipengerusikan oleh PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bersama barisan Timbalan Pengarah, Penguasa Penjara, Timbalan Penguasa Penjara dan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan. Sesi Dialog telah berlangsung dengan jayanya dan tamat sekitar jam 5.00 petang.