Pada 20 September 2020 (Ahad) bertempat di Rumah Kelab Penjara Kluang telah diadakan kursus Tatacara Mengesan Dadah Dalam Air Kencing terhadap kakitangan, banduan/tahanan Peringkat Institusi Penjara Negeri Johor oleh penceramah jemputan Puan Razilah binti Razali dari syarikat Fastscreen Sdn. Bhd. Seramai 35 kakitangan hadir dengan sasaran peserta adalah Pegawai Kanan gred KA 19 dan ke atas. Objektif kursus adalah bagi melahirkan pegawai yang mempunyai pengetahuan tentang kaedah menjalankan ujian air kencing mengikut SOP yang betul.