Pada 26 Oktober 2020 (Selasa) Jabatan Penjara Malaysia telah memberi peluang kepada penghuni yang layak bersama keluarga melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Seramai 62 orang penghuni dari Penjara Bentong, Pahang telah mendapat kelulusan untuk diberikan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL). Antara syarat utama untuk mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) ini adalah mendapat persetujuan dari pihak keluarga. Pelepasan empat 62 orang penghuni yang mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) ini telah dijalankan pada jam 11.00 pagi oleh TKP Dato' Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong, Pahang . TKP Dato' Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain turut memberi amanat kepada penghuni dan keluarga agar mereka menghargai masa serta peluang yang diberikan sebaik mungkin dan menunjukkan kepada masyarakat setempat bahawa mereka mampu berubah dan diterima semula oleh keluarga serta masyarakat.