Pada 8 Oktober 2020 (Khamis), sekitar jam 2.30 petang Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat oleh pihak Pengurus Cawangan Co-OpBank Pertama Malaysia Bhd. Kuching ke atas YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak bertempat di Pejabat Pengarah. Kunjungan telah diwakili oleh (3) orang pegawai dari Co-OPBank Permata Kuching. Turut dihadiri oleh YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan ini adalah adalah untuk memperkenalkan Co-OpBank Permata dengan lebih terperinci kepada Jabatan Penjara Malaysia khususnya di Sarawak.