29 September 2020 sehingga 5 Oktober 2020 (Isnin) - Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Pelaksanaan dan Majlis Penutupan Kursus In House Training Module Therapeutic Community (TC) Siri 5 /2020 bertempat di Rumah Kelab IPDJ. Turut hadir sebagai tenaga pengajar PKK Mohd Roslen bin Ramli Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Banduan dan PP Mohamed bin Ali Penolong Penguasa Bahagian Pengurusan Banduan. Majlis Penutupan Kursus telah dirasmikan oleh PKP Shahrom Bin Mohamed Pengarah IPDJ. Seramai 29 Kakitangan IPDJ telah terlibat dalam kursus tersebut dengan jayanya. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada kakitangan berkaitan program Therapeutic Community (TC) di Institusi ini, agar semua kakitangan dapat memainkan peranan seperti di dalam Amalan Teori TC bagi membantu pemulihan banduan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif pelaksanaannya.