Pada 23 & 24 September 2020, bertempat di Bilik Nucleus, Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Bukit Wira telah berlangsung Program Latihan Master of Trainer Five Minutes Intervention (FMI) Module yang melibatkan seramai 30 orang pegawai dan anggota dari institusi penjara pelbagai zon.
Program anjuran Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabata Penjara Malaysia dibawah kelolaan PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi dan urusetia En. Muhammad Zulhusni Amirulmominin serta WP Muhammad Nursyamil ini merupakan salah satu usaha Jabatan Penjara dalam memperkasakan budaya pemulihan dalam diri setiap anggota melalu kemahiran Five Minute Intervention (FMI) yang juga merupakan salah satu intipati yang terdapat dalam Pelan Antirasuah Jabatan dan Prison Reform Jabatan Penjara Malaysia.
Program ini melibatkan PKK Kadir Jailani, PKK Zulia Kamis dan PKP Azhar Ahmad sebagai fasilitator dalam sesi latihan bersama peserta. Selain itu, para peserta turut dibawa menjalankan sesi latihan pengendalian modul simulasi bersama banduan di Centre of Excellent Rawatan Pemulihan Dadah (RPD) Penjara Kajang. Modul Five Minute Intervention (FMI) ini akan diperluaskan ke semua institusi penjara dalam mewujudkan budaya pemulihan di kalangan semua anggota penjara.