| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Teori Dan Latihan Amali Menembak Siri 1/2020 Peringkat Penjara Negeri Sembilan Tahun 2020

Pada 14 & 15 September 2020 bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah dijalankan sesi Latihan Teori manakala Latihan Amali Menembak Siri 1/2020 Peringkat Penjara Negeri Sembilan telah dijalankan pada 16 September 2020 hingga 18 September 2020 bertempat di Lapang Sasar Galla Mantin, Negeri Sembilan. Latihan menembak ini melibatkan (98) anggota yang terdiri daripada anggota Tugas Am, Unit Kawalan dan Pencegahan, Parol dan unit-unit lain. Latihan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Penguasa Penjara Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan bersama (10) orang anggota petugas lapang sasar. Latihan menembak terdiri daripada penggunaan Senjata Api jenis Rifle Colt M16, HK MP5, Pistol S/auto Smith & Wesson MP9, Pistol S/auto HK USP Compact, Revolver .38SPL dan Pumpgun Winchester. Aspek keselamatan dalam pengendalian senjata api amat ditekankan sepanjang latihan dijalankan.