Pada 16 Oktober 2020 (Jumaat), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Yonny Tri Prayitno, Konsulat Jeneral Republik Indonesia sekitar jam 10.00 pagi bertempat di Menara MAA, Jalan Central Timur Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan bagi mengekalkan hubungan baik dan kerjasama antara kedua-dua pihak.