| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Sambutan Hari Psikologi Peringkat Penjara Kajang Tahun 2020

 

Pada 13 Oktober 2020, Program Sambutan Hari Psikologi Peringkat Penjara Kajang Tahun 2020 telah diadakan melibatkan 120 peserta beserta 10 orang pempamer dan 7 orang penerima sijil penghargaan dari Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program ini telah diadakan di Dewan Kelab Penjara Kajang dengan pengisian pertama; Slot Stres: penyakit orang moden dikongsi oleh Tuan Haji Norazlan bin Samurdan, Pegawai Psikologi Datuk Dusun Murad. Pengisian Slot Kedua adalah Mental Sihat Keluarga Sejahtera disampaikan oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh, Pakar Motivasi & Kaunselor, dari Hushim Motivational and Counseling Consultancy.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YBhg Dato? Mohd Sakeri bin Md. Dollah, Pengarah Penjara Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah TKP Muslih bin Mahmod, Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, IPPM berserta Pengarah Penjara Kajang dan barisan pegawai kanan dan kakitangan Penjara Kajang. Diharapkan program yang telah dijalankan memenuhi objektif dan memberi impak yang besar kepada kakitangan Penjara Kajang terutama dalam mementingkan aspek minda sejahtera yang sihat, positif dan seimbang.