Kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sarawak Pada 21 Oktober 2020 (Rabu), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBhg.Datu Ken Leben, Pengarah Pendakwaan Sarawak bertempat di Pejabat Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sarawak, Tingkat 2 Bangunan Sultan Iskandar Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diketuai oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan bagi mengekalkan hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak. a.