Pada 26 Oktober 2020 (Isnin) telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Kerja-Kerja Sengaraan Di Blok Penempatan Penghuni, Blok-Blok Pentadbiran, Kerja-Kerja Pengantian Kabel Bawah Tanah Dari Pencawang Masuk Ke Blok Penempatan Penghuni SHG Telok Mas Melaka bertempat di Dewan Seroja. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Ir Haji Ismail Bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka kepada PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Turut hadir TKP Ku Nawawi Bin Ku Hamid, Pengarah Penjara Negeri Melaka.