Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo bagi bulan Ogos 2020 dan Majlis Pemakaian Pangkat telah diadakan pada 24 Ogos 2020 (Isnin) bertempat di Auditorium Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Seramai (17) pegawai telah dinaikkan pangkat, (2) penerima Pingat Jasa Penjara dan (1) penerima Sijil Penghargaan. Majlis telah disempurnakan oleh YDH TKP Haji Ajidin bin Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo selaku pengelola majlis.