Pada 27 Ogos 2020 (Khamis), Program Pendidikan Haji dan Umrah Peringkat Kakitangan Penjara Limbang telah diadakan di Dewan Gemilang, Penjara Limbang. Program tersebut adalah anjuran bersama Unit Agama Penjara Limbang dan pihak JAKIM Sarawak. Seramai 65 orang kakitangan dan 10 orang ahli PERSIAP menyertai program yang diadakan. Tujuan program adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan dan keluarga berkaitan dengan Ibadah Haji dan Ibadah Umrah. Penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Yahya Bin Shari, Imam Masjid Bahagian Limbang juga merupakan panel yang diberikan pentauliahan daripada pihak Lembaga Tabung Haji. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Limbang iaitu TPP Hasbullah Bin Berahim. Rombongan JAKIM Sarawak yang diketuai oleh Penolong Pengarah Penyelarasan Dan Penyelidikan iaitu Ustazah Siti Nazirah Bin Mohd Yusoff turut hadir memeriahkan program yang diadakan. Selain itu, pihak JAKIM Sarawak juga turut memberikan sumbangan buku agama kepada tenaga pengajar di Unit Agama Penjara Limbang.