Pada 18 Ogos 2020, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1441H/2020M. Majlis bacaan Khatam Al-Quran telah dipimpin oleh Ustaz Hassan Albanna bin Akmal Hisham dan disudahi dengan bacaan doa. Turut diadakan adalah Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh Encik Izzudin bin Ghazali, Pegawai Psikologi Penjara Kajang. Seramai 150 orang penghuni terlibat dalam majlis ini. Majlis berakhir dengan ucapan perasmian penutup oleh TPP Shollehin bin Dahari berserta jamuan makan untuk semua yang terlibat.