Pada 25,26 dan 27 Ogos 2020, Kakitangan Penjara Taiping telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke Pondok Remaja Inabah bertempat di Kg Sg Ikan, Kuala Terengganu, Terengganu dan Penjara Pengkalan Chepa , Kelantan. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama AKRAB Penjara Taiping. Program ini melibatkan 24 orang peserta dalam kalangan kakitangan Penjara Taiping dan juga Pusat Koreksional Kamunting . Antara intipati program adalah : Hari Pertama
Seramai 24 orang peserta Program Lawatan Mahabbah telah bertolak pada pukul 8 pagi dari Penjara Taiping. Sebelum bergerak, taklimat secara terperinci tentang tentatif senpanjang program telah disampaikan oleh penyelaras program, En Muhammad Yusuf Bin Abu Bakar Pegawai Psikologi Penjara Taiping.
Hari Kedua
1.Taklimat dan ceramah tentang cara dan alternatif yang digunakan untuk membantu memulihkan pelatih dari kembali mengambil dadah.
2.Sesi kelompok sejahtera - Memberi pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB dan satf PPI mengendalikan sesi kelompok bersama penghuni.
Latar Belakang Penubuhan Pondok Remaja Inabah II
Pada tahun 1989, Inabah didaftarkan di bawah PEMADAM sebagai badan NGO dan diberi nama Pondok Remaja Inabah Malaysia. Pihak PEMADAM tertarik dengan kejayaan dan kegigihan Pondok Remaja Inabah Malaysia dalam memulih dan membimbing mangsa-mangsa penyalah guna dadah dan kenakalan remaja kepada kehidupan yang normal dan lebih produktif. Sehubungan dengan itu, Tan Sri Dato? Seri Haji Megat Junid bin Megat Ayob, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu telah menjadi penaung kepada Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia.
Alternatif Rawatan Pondok Remaja Inabah
-5 kaedah -mandi taubat,solat,zikir,ilmu,khidmat sosial
-mandi sblum subuh( 40 gayung) selama 40 hari 40 hari tanpa putus
-bangun 3.30 pagi mndi taubat (wajib) boleh suburkan rerambut sel,lebih segar
-solat-(8solat harian) 3 solat sunat jemaah (100 rakaat stiap hari)
-memantapkan agama islam
-zikir-pengamal terikat TIUN- lisan,hati (tiada sesaat tanpa zikir)
-Hati punca segala masalah,usaha memulihkan hati
-ilmu- tenaga pengajar dari luar,kelas agama dll.
-khidmat sosial-buat kerja dengan niat khidmat, sering dijemput untuk kerja amal diluar
Taklimat Alternatif dan Rawatan Pemulihan di Pondok Remaja Inabah
Lawatan Mahabbah Penjara Taiping Dan Pusat Koreksional Kamunting
Ucapan Aluan oleh Timbalan Pengetua Pondok Remaja Inabah II Kg Sg Ikan.
Hari Ketiga
Lawatan Mahabbah Penjara Taiping Dan Pusat Koreksional Kamunting Ke Penjara Pengkalan Chepa
Lawatan Sambil Belajar Ke Penjara Pengkalan Chepa
Pada hari ke 3 peserta lawatan Mahabbah telah di bawa melawat Penjara Pengkalan Chepa. Disana, kami telah dibawa ke bilik taklimat bagi mendengar penerangan mengenai program-program yang dilaksanakan di sana. Taklimat tersebut telah di sampaikan oleh PP Roslan Ketua Unit Pemulihan Penjara Pengkalan Chepa. Kemudian kami di bawa melwat aktiviti pemulihan yang sedang berlangsung sebelum dibawa ke bengkel membuat batik, songket dan juga pastri sebelum bergerak pulang semula ke Penjara Taiping.