| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Pengurusan Penjara Negeri Sembilan Ke Atas YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Pada 13 Julai 2020 (Isnin), PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Seremban, PKP Shahrom bin Mohamad, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu dan PP Wan Rosli bin Dollah, PYM Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Gemas telah membuat kunjungan hormat ke atas YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bertempat di Pejabat Menteri Besar, MVV, Tingkat 18, Bangunan MAINS, Seremban, Negeri Sembilan. Kunjungan ini bagi membincangkan beberapa isu semasa yang berkaitan pengurusan pengoperasian Penjara Negeri Sembilan. Hasil daripada kunjungan hormat ini, maklumbalas positif diterima Kerajaan Negeri Sembilan melalui agensi-agensi kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan Penjara Negeri Sembilan dalam memastikan banduan yang tamat tempoh tahanan cukup terlatih dan mampu menjadi aset kepada majikan dan Negara.