Pada 28 Julai 2020 bertempat di Dewan Budiman, Penjara Tapah telah mengadakan Kursus Pemantapan Integriti Pegawai Penjara Gred KA19 Peringkat Penjara Tapah.Kursus yang dijalankan adalah satu bentuk latihan dalaman yang dirancang. Matlamat kursus adalah untuk memantapkan Integriti anggota dan meningkatkan pengetahuan berkenaan Peraturan Etika Kerja Kelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam. Peserta kursus ini terdiri daripada 22 wadar Penjara yang berkhidmat kurang 2 tahun. Penyelaras kursus ini adalah TKP Kamarudzaman Bin Hj. Mamat Pengarah Penjara Tapah anjuran Unit Latihan Institusi. Penceramah adalah Ust. Muhammad Afiq bin Exrimah dengan tajuk ceramah ( Hasil Yang Berkat Dari Pekerjaan Yang Halal), TPP Mohd Shahrul Bin Md Yusof Ketua Unit Latihan Penjara Tapah dengan tajuk ceramah (Pekerja Yang Berintegriti), Puan Noor Hazila binti Mhd Nor dengan tajuk ceramahnya (Sumber Manusia Cemerlang Untuk Perkhidmatan Awam) dan PKP Harun bin Awang dengan tajuk ceramahnya ( Etika Kerja Kelakuan & Tatatertib). Kursus ini telah berlangsung daripada jam 6.00 pagi dimulai dengan solat subuh, tazkirah pagi, jasmani pagi, kuliah dan berakhir pada jam 5.00 petang.